sebuah kisah dimana seorang lelaki berusia lingkungan 50-an bersama keluarganya.Dahulu hidupnya senang lenang dengan pekerjaan yang elok dan bergaji besar.Namun,nasib tak menyebelahi dirinya,apabila kehilangan kerja yang ada dan jatuh miskin.Hiduplah dia bersama isterinya yang masih berduit dengan menjadi pegawai kastam di KDRM,Pahang.SI bapa ini memiliki 3 orang anak perempuan.
Apabila kehidupan si bapa berubah menjadi miskin dan tak berduit,anak dan isteri sudah tak peduli lagi akan dirinya cuma anak keduanya yang masih menyayangi dirinya sama seperti dulu..tiada berubah.SI bapa berusaha mencari kerja sehinggalah menjadi pemandu lori.Mencari sesuap nasi untuk si anak dan isteri.
Dalam menjalani rutin harian sebagai pemandu lori,si suami jarang pulang ke rumah kerana sering keluar negeri.Apabila pulang ke rumah,si suami dengan gembira membeli sedikit sayur dan DRAGONFRUIT untuk si isteri.NAmun,si isteri dengan senang hati membuang beg palstik yang berisi buah dan sayur tersebut.Apakah HINA seorang pemandu lori memberi makan kepada si isteri yang bergaji besar?bezakah makanan yang dibeli oleh orang yang tak berduit dengan orang yang berduit?adakah rasa cinta hadir bila kita punya duit dan harta?
anak yang sulung,apabila tersepit,tak punya wang untuk membeli sesuatu.Si ayah la tempat si anak mengadu dan meminta bantuan kewangan.SI ayah dengan senang hati meberikan wang kepada si anak walaupun untuk keperluan dirinya saja pun tak mencukupi.tiada yang mebahagiakan si ayah melainkan kebahagiaan si anak.alangkah sedih,pabila si bapa tak punya wang,meminta CUMA seringgit dari si anak.Si anak naik berang dan memberi seringgit itu bagaikan memberi kepada peminta sedekah di tepi jalan.sedangkan si tua itulah yang menyekolahkannya hingga menjadi manusia yang berjaya dan bergaji besar serta berpangkat tinggi.apabila berjaya si tua yang jatuh miskin itu sudah tak nampak jasanya.ANAK TAK MENGENANG BUDI!
si anak yang bongsu pula,penuh dengan kebebasan yang di beri si ibu.keluar malam balik pagi.apabila si ayah menegur si anak.si anak melenting,melawan,memberontak.Si ayah yang tua di ajak bertumbuk!mana perginya kasih sayang pada si ayah seperti tika dia senang dahulu?kasih sudah hilang seperti hartanya.
tinggalah si anak yang kedua,menyayangi si ayah masih seperti adanya harta si ayah.sanggup berhenti kerja kerana tak mahu menyusahkan si ayah.menjadi tempat si ayah mengadu nasib.sakit pening si ayah.si anak yang menjaga.kerana itu,si anak di benci ahli keluarga yang lain.di pulaukan keluarga hingga merasakan dirinya orang asing dalam keluarga itu.
si anak sulung ingin mendirikan rumah tangga dan meminta si ayah ke rumah saudara mara untuk menjemput kerumahnya.si yah yang tak berduit tu juga yang diperlukan.ish..ish..ish..dalam keadaan si ayah yang kurang sihat di gagahkan juga untuk pergi ke sana ke mari untuk si anak.pabila habis memandu dia akan pergi menjemput.rumahnya juga sudah jarang di jejak.penatnya tiada terkira sehingga si ayah diserang darah tinggi yang yang sangat teruk sehingga terkena serangan jantung.si ayah meminta kawannya menghantarnya ke klinik.namun,ALLAh lebih menyayangi si ayah dan menjemputnya pulang.akibat terlalu penat dan stress pembuluh darah dan urat kepala si ayah pecah dan mengalirkan darah.
majlis yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis tahlil.si isteri dan anak-anak menangis meratapi pemergian si ayah sehingga bengkak mata.mengingat segala dosa yang telah di buat terhadap si ayah.anak keduanya seakan pasrah walau pada mulanya pengsan dan di masukkan ke wad kerana terkejut.baginya lebih elok ayahnya pergi.tak sanggup melihat ayahnya terseksa kerana perbuatan ibu,kakak dan adiknya.sendainya ayahnya lumpuh,tak mungkin keluarganya akan menjaga dengan baik.mungkin akan menyeksa ayahnya lagi.ALLAH lebih sayangkan ayahnya berbanding keluarga yang ada.biarlah dia bahagia di sana.
tiada guna menangisi pemergiannya,andai waktu dia hidup kita tak mampu menghargainya apatah lagi mebahagiakannya.kehadiran dia tika itu bagaikan tak wujud.hargailah ketika dia ada.kasihnya ibu sampai ke syurga,kasihnya ayah waktu berada.ibu dan ayahnya hanya satu di dunia.jangan kita menyesal bila dia sudah tiada!
"SELAMAT HARI BAPA"
buat ayahanda tercinta.aku menyayangi dirimu!

No comments:
Post a Comment